Sunday 29 March 2015

SELAMAT DATANG KE BLOG RAHSIA GADIS MELAYU - NORUL SYUHADA ELIAS (PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT)

Assalamualaikum, salam kenalan buat kali pertama blog RAHSIA GADIS MELAYU ini diadakan.Mungkin ini kali pertama saya menulis dalam alam digital dunia blogger sedikit demi sedikit saya belajar untuk berkongsi segala cerita dan pengalaman untuk buat tatapan anda.

So first time menulis nampak sangat saya ini macam kekok sikit.Ayat pun agak skema dan tidak teratur.Its okay , ini kali pertama saya gagahkan diri untuk menulis di blog.Kata orang lama-lama menulis di blog pasti nanti akan ada skill menulis,

Kata orang tak kenal maka tak cinta , sebagai muqadimah penulis kalam hari ini saya akan kenalkan diri saya. Saya diberi nama Norul Syuhada Elias, merupakan anak jati Kelantan dilahirkan di Kota Bharu. Saya merupakan ibu kepada dua orang putera yang comel2 iaitu Adam Harith Arami & Aisy Heyqal Arami. Kerjaya saya kini menjalankan bisnes korset Premium Beautiful & Rangkaian produk Hai O Marketing. Ada cerita menarik disebalik ini.Saya cuma ringkaskan pengenalan saya,

Almaklumlah, ini entry yang pertama, so nak menulis agak kurang idea.Tapi insyaAllah saya akan terus menulis kerana banyak sangat ingin ditulis dengan pengalaman saya untuk menjadikan inspirasi kepada pembaca blog saya.

So saya nak berhenti dulu menulis untuk entry pertama ini. Nanti kita jumpa pada next post yang saya akan tulis cerita2 yang lebih menarik.

RAWATAN UNTUK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES


Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata...

Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah.

===============================================


Teknik Hidroterapi Stokin Basah

Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai.

Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan darah untuk melawan kaki basah, yang juga merangsang sistem imun. Stoking selalunya akan kering pada waktu pagi. Ulangi rawatan selama lima hingga enam malam berturut-turut seperti yang diperlukan untuk mengurangkan demam.


Kenapa di kaki?


Kerana kaki kita mengandungi kepekatan yang lebih tinggi kelenjar peluh daripada seluruh badan kita, ia membantu dalam pembebasan haba.-Dr. Mehmet Oz, MD (http://www.sharecare.com/user/dr-mehmet-oz)


Selain kaedah wet socks menggunakan air biasa, terdapat beberapa penawar semulajadi yang juga sangat berkesan dalam merawat penyakit selsema atau batuk dan demam untuk melawan virus dan bakteria.

1. GARLIC SOCKS - MERAWAT SELSEMA / BATUK / DEMAM

Letakkan bawang putih pada stokin anak.


Cara untuk bayi atau anak kecil :


1. Pakaikan anak stoking berlubang besar sedikit spt jenis berkait atau yg     

    berlubang-lubang.

2. Ambil sehelai lagi stoking, masukkan bawang putih yg telah ditumbuk 

    sedikit, tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu
    ditakuti kaki anak terlalu kepanasan 
    (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi 
     kemerahan sbb kepanasan bawang putih).

Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan  minyak bawang putih dan sapukan pada tapak kaki anak.


Cara buat minyak : Bakar seulas bawang putih tanpa buang kulit, lenyekkan pada minyak zaitun (boleh gunakan minyak masak biasa, minyak kelapa, atau minyak yang tiada bahan yang tidak semulajadi)


Untuk anak yg lebih dewasa :


Boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast.


3. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau 

    bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu 
    menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

Bawang putih sangat baik utk paru-paru. Ia juga akan melawan bakteria & virus dan pada masa yg sama juga meningkatkan imun badan.


2.ONION SOCKS

Menggunakan kaedah atau cara yang sama seperti Garlic Socks.


Penawar menggunakan bawang putih ini boleh digunakan untuk merawat apa sahaja penyakit disebabkan virus, bakteria atau fungus manakala bawang merah untuk penyakit disebabkan virus dan bakteria sahaja.


3. LEMON SOCKS - MERAWAT DEMAM


Cara merendam stoking dengan jus lemon.


1. Perah jus lemon (lemon organik lebih bagus, jika tiada, guna sahaja lemon 

    biasa) campurkan dalam semangkuk air suam.

2. Rendam stoking beberapa minit hingga benar-benar menyerap jus tersebut.


3. Pakaikan pada anak stoking basah tersebut. Biar semalaman.


4. Rendam kembali stoking jika sudah kering ketika tidur dan pakaikan 

    kembali pada kaki.

Boleh juga gunakan kain dan celup pada jus lemon, kemudian bungkus kaki anak dengan kain tersebut dan pakaikan stoking yang kering pula (1 kain basah dengan jus lemon, lapis dengan 1 stoking kering).


Cara hirisan lemon :


1. Hiris lemon nipis-nipis.


2. Lekatkan pada tapak kaki guna hansaplast atau tak perlu lekat, terus balut 

    dengan stoking.

3. Pakaikan stoking semalaman.


4. Tukar hirisan lemon jika lemon tersebut kering semasa tidur.


4. APPLE CIDER VINEGAR (ACV) / CUKA EPAL - MERAWAT DEMAM


1. Ambil ACV kira-kira 2-3 sudu besar, campurkan dalam semangkuk air suam. 

    Atau ikut kadar 1:1

2. Rendam stoking beberapa minit hingga benar-benar menyerap jus tersebut.


3. Pakaikan pada anak stoking basah tersebut. Biar semalaman.


4. Rendam kembali stoking jika sudah kering ketika tidur dan pakaikan 

    kembali pada kaki.

*Boleh juga gunakan kain dan celup pada ACV bercampur air suam tadi, kemudian bungkus kaki anak dengan kain tersebut dan pakaikan stoking yang kering pula (1 kain basah dengan ACVn, lapis dengan 1 stoking kering)


*Boleh juga menggunakan cuka kurma atau cuka putih biasa.


Sebelum memulakan semua rawatan di atas
sila lakukan ujian pada kulit anak dahulu..
oleskan sedikit bahan yang mahu digunakan, tunggu dalam setengah jam, lihat ada keradangan kulit atau tidak. Jika tidak boleh teruskan, jika ada sila hentikan. Kaedah ini dipanggil PATCH TEST..

Bagaimana sifat asid lemon / acv membantu merawat demam atau menurunkan suhu demam panas?

Ini kerana sifat asid membantu menarik haba daripada kulit dan menarik haba keluar dari kepala dan bersurai ke seluruh badan. Apabila haba dapat bergerak ia menjadi satu alat aktif untuk melawan jangkitan.


>>>Selain itu, boleh juga menggunakan PUTIH TELUR (bagi yang tidak alah pada telur, dan anda akan lihat putih telur seakan masak setelah menyerap haba daripada badan) .


>>>Jel LIDAH BUAYA / ALOE VERA fresh daripada daunnya juga boleh digunakan merawat demam dengan cara sapukan jel pada seluruh tapak kaki dan pakaikan stokin, oleskan lagi jel tersebut 2-3 kali diwaktu pesakit sedang tidur.


Sumber dari : GROUP NUTRISI REMEDI ALAMI M'SIA

https://www.facebook.com/groups/GNRAM/

BOAT NOODLE JAYAONE PJ



Hari ni ke Boat Noodle lagi untuk lunch...Tapi kali ni kat JayaOne PJ plak... Sebelum ni kat Publika.

Alhamdulillah....Mmg kenyang sangat2....Makan bersama family...Bawak kiddos jumpa sepupu diaorg..Tapi tak dapat lama2 sebab daddy kene pegi keje pukul 4ptg..

Sambil tu sempat belikan Adam mainan...Hepi adam dapat main kejar2 dgn kakak hannan, kak maiyya & hadif..




Bukan main suka lagi dapat main kejar-kejar




Bila ada kamera, ni la jadinya




We are happy family

MANJAKAN RAMBUT DENGAN SYAMPU RAMBUT MARINE ESSENCE



MANFAAT SHAMPOO MARINE ESSENCE



1. Tanggalkan Kelemumur yang kritikal
2. Rawat kulit kepala yang berminyak
3. Mematikan kutu di kepala.
4.Rawat rambut gugur/bercabang/rambut berbuah
5. Melebatkan rambut
6. Hilangkan panau/rawat kudis/ekzema/ruam baby


Apa yang Norul boleh cakap dengan uols, bagi yang gatal-gatal rambut tu memang Norul recommend sangat pakai shampoo ni sebab dia boleh mengurangkan gatal dalam kepala especially untuk yang bertudung + ada masalah kulit macam saya ni. Bau dia toksah cakap, macam dekat laut rasa dia, sebab sangat refreshing macam kat spa. Eksaited nak mandi tu lain macam, boleh hilangkan stress!


Apa yang best, baru 3 hari pakai shampoo ni, rambut tak kusut dah, guna jari pun boleh,dah takda rambut macam berus dawai. Tayah nak sikat-sikat, tinggal flip je lagi hehe.Sangat lembut, sampai ikat rambut pun tak boleh dah, haaa~ nampak tak lembut dia caner?

Apa lagi? kasi order syampu ni sama Norul yea...


Whatsapp / Telegram / SMS

#0166662290

FB: Norul Syuhada Elias

IG: norulsyuhadaelias
Page: Sabun Marine Essence Ajaib
Email: norulsyuhada@gmail.com

KEBAIKAN SABUN HIJAU MARINE ESSENCE APA ?

Banyak sangat KEBAIKAN sabun wangi ni:-

Melembabkan kulit
Mencerahkan PIGMENTASI
Anti oksida
Anti bakteria
Memperbaharui sel-sel kulit


CARA MENGGUNAKAN MARINE ESSENCE BEAUTY BAR :-
Basahkan tangan. Kemudian gosok sabun MARINE ESSENCE BEAUTY BAR ini sehingga berbuih. Sapukan ke MUKA dan kemudian boleh disapukan ke tubuh badan. Terutamanya di celah-celah pelipat anggota badan seperti tengkuk, ketiak, pelipat tangan dan bahagian yang bermasalah.





FENOMENA Sabun Hijau !! Paling laris selain Korset Premium Beautiful. Klinik / Pusat kecantikan pun ada simpan stok untuk sabun ini Jadi, ianya diakui doktor-doktor / pakar kecantikan! 


Kali ini isunya adalah bagaimana cara nak jimat apabila dah mula gunakan sabun hijau ini kerana sabun ini bukannya murah kan... jadi sangat perlu untuk jimat dan tahu cara untuk pastikan ia tahan lama, supaya tidak membazir.


Caranya adalah

1. Potong kecil-kecil, 
Ada yang suka potong 3, ada yang potong sekecil-kecilnya (Norul la tu :) bukan apa, untuk bagi orang lain merasa sama, bagi sampel, sebab pengalaman Norul bila kita bagi rasa dan sampel percuma baru berdesap orang datang beli. Ada juga yang beli bila Norul potong kecil-kecil tu, tak untung lah kita, tapi tak apa..daripada bagi free semua kan.

2. Simpan dalam bekas kecil yang bertutup
Ini penting untuk pastikan tiada sumber air yang boleh mencairkan sabun dengan cepat. Rugi kita kalau sabun itu mencair begitu saja tanpa kita guna semaksima mungkin. Bukan murah wei sabun ni. Boleh gunakan pakai bekas terpakai yang kita beli dadih, soya atau apa-apa tu. Rasanya semua tahu bekas tu kan.

3. Jauhkan dari sumber air
Seperti perkara tersebut, samalah juga ni pun, jangan letak di sinki atau atas rak terus tanpa ada perlindungan seperti bekas tertutup. terutama di dalam bilik air yang ada air pancut. Sebab kita tidak sedar, pancutan air akan membasahi dan terkena pada sabun.

4.Sapu pada bahagian yang perlu sahaja.
Dah namanya sabun ini untuk cerah ketiak dan tempat-tempat tertentu, bagi mereka yang tiada masalah badan berjerawat, boleh guna cara ini. tidak perlu sapu atau gosok ke seluruh badan tetapi memadailah hanya di tempat-tempat tertentu sahaja. Bagi yang berjerawat di muka, boleh guna di muka sahaja. Ini untuk pastikan sabun lambat habis.

* * * dah namanya pun tips jimat sabun. Ok selamat beramal...eh selamat praktik :)

Cara lain jika tak nak jimat, untuk tak rasa sabun ni mahal, maka buatlah bisnes macam Norul. Promosikan atau kenalkan pada kawan-kawan, bercerita pada mereka akan produk ini. Mana tahu boleh laku sekelip mata sahaja.


* * * * * * * * * * * * * * * * * 

Bagi mereka yang berminat nak mencuba keberkesanan sabun ini

Whatsapp / Telegram / SMS
Norul #0166662290

FB: Norul Syuhada Elias

IG: norulsyuhadaelias
Pages: Sabun Marine Essence Ajaib
Email: norulsyuhada@gmail.com

****AGEN JUGA DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA


Saturday 28 March 2015

BOAT NOODLE PUBLIKA

Memang terangkat dapat makan Boat Noodle kat Publika...Tp bila pegi time lunch our mmg ramai sangat org...Pastu parking mmg full sgt2...Terpaksa guna valet parking...




Marvellous sgt boat noodle dia...Chicken wing pun sedap....side dish dia mmg bnyk yg sedap2..

Really recommend utk yg nak kelainan...Jgn order 1 bowl je tau sbb mmg xkan cukup...At least mkn smpai 4 bowls baru puas hati..